Saturday, 3 August 2013

Tawaran Kemasukan: Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa & Linguistik (UM)


Belajar semula selepas mendapat ijazah Sarjana Linguistik di Universiti Malaya (2008) adalah satu keputusan yang tidak dapat diceritakan. Apa salahnya kalau duduk diam-diam, dan menulis buku cerita sahaja, kan!


Ramai yang bertanya, apa perlunya PhD pada saya yang bekerja sendiri? Untuk apa belajar? Kenapa mesti menyusahkan diri.

Betul, memang sedang menyeksa diri. Tetapi, saya selalu merasakan belajar itu satu seni. Ya, seni membaca; seni hadir seminar/kolokium/persidangan. Kalau jadi pelajar ada lesen besar untuk dapat diskaun dalam majlis ilmu serta dapat masuk perpustakaan mana-mana universiti.

Ada geran khusus, dan kata penyelia – ‘Saya akan cuba dapatkan geran untuk awak pergi Leiden, lihat manuskrip Hikayat Hang Tuah yang tertua di dunia'. Tengok, ini lebihnya jadi pelajar.

Saya sudah siapkan semester pertama. Kelas Metodologi Penyelidikan sudah saya hadir. Segala tugasan, alhamdulillah sudah beres. Kini, sudah tidak ada kelas. Dalam enam hingga tujuh semester, saya hanya perlu membuat penyelidikan dan menulis.

Moga dipermudahkan usaha saya Ya Allah, amin.

Jadi saya akan jadikan blog ini, untuk meluahkan perasaan: waktu saya tidak sesiapa untuk berkongsi cerita dan rasa payah ini.

Catatan:

(1)   Seminar 400 Tahun Sulatus Salatin di DBP pada 8 dan 9 Oktober 2013 (insya-Allah mesti hadir – dah letak nama) – percuma.

(2)   Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia (insya-Allah, mesti sertai) – pelajar cuma RM50 orang lain RM600.

Salam sayang:
Kak Nila

4 comments:

  1. kak su, baru jumpa blog ini.
    tahniah, dah mulakan pengajian PhD.
    saya belum lagi.
    rasa malas nak sambung dalam bidang sains.
    aduhai!

    ReplyDelete
  2. Kaksu, selamat maju jaya! ~Huda~

    ReplyDelete
  3. Kaksu, selamat maju jaya! ~Huda~

    ReplyDelete
  4. Ruru,
    Kaksu ni dah semester 5 sekarang, dan bergerak macam siput T_T.

    Huda,
    Terima kasih ya.

    ReplyDelete