Wednesday, 27 May 2015

Cerita Rambut Set




Semasa kecil kalau kita pergi buat rambut maknanya, rambut kita akan diserkup dengan suatu ‘besen @ baldi’ berkaca dan diletakkan ‘karan’ sehingga panas. Semasa tu hanya kedai Cina yang ada teknik buat rambut set. Prosesnya orang Kedah panggil pi set rambut atau buat rambut set. Kata Tok Yah (emak kepada abah), orang dulu-dulu kalau nak pergi makan kenduri, sehari sebelum tu mereka sudah ‘set rambut’. Jadi apabila tidur, mestilah berhati-hati supaya tidak rosak bentuknya. Kadang-kadang mereka buat di rumah  saja, guna seterika arang. Amboi, bersusah payahnya nak cantik. ‘Rambut set’ pernah terjadi sekali pada saya secara semula jadi.


Suatu hari, jiran kami di Kampung Baru, Changloon nak beri buah nangka muda untuk dibuat gulai. Lalu emak suruh saya dan abang saya pergi ambil nangka tu di rumah jiran tu. Kebetulan pula buah nangka tu satunya kecil sikit, dan yang satu lagi lebih besar dan berat. Abang saya (suka buli saya)... dia suruh saya bawa yang besar dan berat, sementara yang lebih ringan dia yang hendak bawa. Saya tak naklah... saya kan budak kecil, yang muda dua tahun daripadanya. Lagipun saya kan seorang perempuan. Kita pun gaduh-gaduh, sehingga abang geram sangat, dia ambil getah pada nangka muda tu dan lumurkan di kepala saya. 

Lalu rambut saya yang separas bahu tu, sudah jadi tinggi ke atas ala-ala isteri Simson dalam kartun kesukaan saya suatu waktu dulu tu... tinggi seperti menara TIDAK kembar Petronas tu...!
Aduhai susah betul, nak buang getah nangka tu... walaupun emak menyisir rambut saya segenggam demi segenggam, dan seurat demi seurat dilumuri minyak. Akhirnya rambut saya dipotong pendek macam askar  saja dan rasanya abang kena marah lepas tu. 
Yeah... emak sayang saya, rupa-rupanya!-- [Sumber: Dapur Mak Cik Raja, ms 236-237]

3 comments:

  1. Rambut set ni ada suatu bau yang boleh buat kita rasa pening dan nak muntah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Empok lepas tu rambut kita akan luruh :p

      Delete
  2. Saya pernah cuba konon2 nak rambut kerinting ikal tapi lepas siap wah kok jadi macam amoi ke aso..... huwaaaaa..... lepas tu tak hingin lagi kerinting rambut..... hehehehe

    ReplyDelete