Friday, 22 May 2015

Novel Terbaharu: Sudah Di Pasaran!

Harga: RM35
www.jsadiwarna.com

“Haris tak setuju, ayah! Kenapa kita mesti pilih dia?” soal Haris tegang. Hujung lengan kemeja putih sudah dia lipat pada pergelangan tangan.
Pak Baki masih tidak bersuara. Dia hanya memandang anak bongsunya yang sedaya upaya bercakap dengan sopan, tetapi isinya tetap membuat Pak Baki rasa tidak selesa. Biar bagaimanapun dia tetap ayah, dan syarikat kecil ini dia yang bina. Haris tidak ada hak untuk mempersoalkan keputusannya.
Sejak tadi Haris masih gagal mempengaruhi ayahnya. Udara sejuk dari penyaman udara tidak sedikit pun dapat mendamaikan hatinya yang sedang membara. Dia tidak suka dengan pilihan ayah. Banyak lagi calon di luar sana, kenapa mesti pilih budak tu? Kenapa pula hendak tergesa-gesa mengambil pekerja baharu?  [Sumber: Seperti Mencintaimu... Ain: 2]





1 comment:

  1. huhuhu Saya suka kat adam tapi kesian kat haris hehehe

    ReplyDelete