‘Mak
Cik Raja’ ialah nama Noor Suraya di weblog bermula dari tahun 2007. Nama manja
itu diambil daripada salah sebuah novelnya: Surat Ungu untuk Nuha.
Karakter dalam buku dan di weblog itu bagaikan bercerita Mak Cik Raja ini
seorang ‘isteri dan ibu’ yang pandai buat kerja-kerja dapur serta masak banyak
masakan Melayu. Namun pada penulis, ‘Raja’ ada sinonim yang lain, ‘Raja’ itu
sebuah nostalgia dan rasa yang melankolis. Ia nama sebuah kampung di mana Noor
Suraya menghabiskan masa kecil dan remaja, atau lebih tepat lagi masa mudanya;
membantu nenek di dapur dan belajar memasak hidangan yang autentik warisan
keluarga. Kini, rumah dan neneknya itu sudah tidak ada lagi.
Sebenarnya,
Noor Suraya banyak belajar ketika neneknya lumpuh, dan setiap hujung minggu dia
akan pulang dari universiti (USM) dan menjadi koki untuk nenek yang teringin
‘masak dan makan’. Nenek ‘mengajar’ dari kerusi roda dan Noor Suraya akan
membuat kerja-kerja memasak sehingga selesai: daripada sarapan, makan tengah
hari, minum petang dan makan malam. Itu ialah tahun-tahun terakhir, sebelum
neneknya tidak dapat bangun lagi dan kemudiannya meninggal dunia.
Memasak
juadah Nusantara khususnya Melayu ialah proses kita belajar membuat keputusan,
sebanyak mana hendak diletak garam, air dan rempah ratus. Harus juga diingat,
garam itu tidak pula sama asinnya dan kala menanak nasi, jumlah air bergantung
pada jenis beras juga. Jadi yang memasak itu harus guna nurani. Itulah
sebabnya, kadang-kadang dengan resipi yang sama rasanya tetap berbeza. Orang Melayu
katakan hal ini sebagai air tangan. Saya percaya masak itu datangnya daripada
hati. Setiap kali saya makan masakan emak, sedapnya tidak serupa dengan masakan
yang sama di rumah orang lain. Benarlah kata orang, tidak ada yang lebih sedap
di mulut seorang anak, selain air tangan ibunya. Jadi masaklah, sebab anak
hanya membesar sekali sahaja dalam hidup ibunya. Air tangan kita, akan mengalir
dalam darahnya. Lagipun, dalam memasak ini, tidak ada salah dan betulnya,
masakan seseorang itu hasil kerja seninya. Biarpun yang dia masak sekadar telur
dadar!
Buku Dapur Mak Cik Raja bukan sekadar tentang
resipi, tetapi juga tentang cerita-cerita yang sudah melewati kita. Apatah
lagi, akhir-akhir ini orang Malaysia lebih menghargai makanan Barat yang
dietnya tidak kena dengan tubuh badan dan iklim Malaysia. Mereka bagaikan
melupai seni masak-memasak Melayu yang dipengaruhi pelbagai bangsa dan negara,
dan ada pula sejarahnya yang tersendiri; dipindahkan dari satu generasi ke satu
generasi – daripada ibu kepada anak, daripada nenek kepada cucu – warisan yang
tidak ternilai!
Dapatkan buku Dapur Mak CIk Raja [Resipi Autentik daripada 8 Novel Noor Suraya] RM75 - www.jsadiwarna.com |
Assalamualaikum KakSuuuuuu,
ReplyDeleteKakChik suka sangat dengan Rumah Kecil Dekat Sawah ni. Dan gambar header sungguh menawan hati.
Asslmualaikum ..
ReplyDeleteOh, Mak Cik Raja dah pindah rumah rupanye .. hihi.. cantik nya rumah baru ni.. suke2... btw, smoge Kak Su rajin update novel2 lagi .. :)
Kak Chik,
ReplyDeleteRumah orang kampung saja :) menukang pun dalam gelap :p
Farhana,
Mak Cik Raja dah tak larat tampung rumah lama tu :( Doakan Mak Cik Raja ada semangat dengan langsir baharu tu untuk 'update' cerita ya.