Assalamualaikum,
Saya suka menulis cerita dengan latar sejarah. Sewaktu
melakar Tanah Andriyana dan Gadisku, Wan Adnin – juga sedikit bahan
sejarah dalam Panggil Aku Dahlia, saya selalu berkata, itulah genre yang
saya suka. Saya boleh tenggelam dan kembali pada zaman itu dengan rasa bahagia
sekali. Setelah menulis 16 novel umum (tidak termasuk novel remix
saya, Seperti Mencintaimu... Ain) saya sudah buat keputusan akan menulis
4 novel sahaja lagi. Kenapa empat? Saya sekadar ingin mengenapkan 20 buah novel umum, insya-Allah untuk 20 tahun penulisan (dalam medium cetak). Ini kerana saya menulis sejak darjah enam lagi. Menulis untuk diri sendiri, menulis sebagai catatan peribadi. Bukan kerana saya tidak menyukai bidang ini, bukan kerana
merajuk (kalau anda baca artikel ini sehingga habis) tetapi saya mahu menulis
blog semula.
Sekarang seperti slogan AirAsia –
everybody can fly begitulah juga dalam dunia penulisan, everybody can
write. Saya kira dengan menulis di blog, siapa sahaja boleh membaca tulisan
saya, dan pada yang tidak suka boleh tidak singgah lagi. Itu lebih adil, kan! Saya tidak berhutang
apa-apa dengan sesiapa. Contoh, dengan membayar harga buku, misalnya RM34 untuk
Cintaku Luruh di Oxford, seolah-olah pembaca sudah mendapat ‘lesen besar’
untuk 'mencemuh' dan ‘sembelih’ karya yang pada saya ditulis dengan tertib dan
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Malah, novel ini terpilih dalam senarai
pendek (shorlisted) Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
Begitulah murahnya idea dan ‘fikiran’ penulis pada pembaca yang tidak faham untuk melihat novel itu dari sudut sosioekonomi, sosial – pendidikan serta sastera dan budaya. Padahal dengan RM34 penulis (Noor Suraya & Imaen) telah membawa dia merantau sehingga ke Oxford, London, 'Bukit Dussek' dan UPSI sehinggakan slogan AirAsia pun tidak dapat membawa dia ke sana, kan. Dengan RM34 itu, mereka insya-Allah dapat belajar tentang bahasa dan bagaimana manusia membuat keputusan. Sekiranya, anda mahukan plotnya seperti cerita (kehendak) anda, adalah lebih bagus anda sendiri yang menulisnya dan menerbitkannya. Dalam dunia buku, itulah yang kita belajar – kita membaca cerita orang lain, pandangan orang lain serta sikap orang lain. Saya membesar dengan belajar menghormati tulisan orang lain yang dapat memberi input.
Sebagai 'orang tua' saya semakin tidak faham dengan sikap pembaca sekarang ini. Mereka membaca buku yang bukan genre pilihan mereka atau bukan untuk peringkat umur mereka. Lalu mereka berlumba-lumba mencerca karya penulis-penulis yang cuba menulis benda yang baik-baik, padahal di
luar sana begitu banyak novel yang mereka perlu selia dan cuba halang pembaca
membacanya. Bukannya untuk hanya menjadi pemimpin pendapat lalu mengajak orang lain juga
tidak membaca buku yang anda cemuh dan kutuk; padahal mungkin buku itu dapat
memberi manfaat pada orang lain. Saya sedih kala melihat buku yang saya pernah
pruf, dan pada saya nilainya 'bagus' untuk pembaca muda – ditulis sebagai – ...? Saya sendiri jadi sangat sedih, penulisnya entah bagaimana pula rasanya.
Tulislah benda-benda yang baik, kerana apa yang kita tulis akan dinilai dan diberi ganjaran di negeri abadi |
Apa yang saya tulis,
kadang-kadang ‘pakar resensi’ tidak dapat kesan apa yang ingin saya sampaikan
pada pembaca. Setiap pembaca ada 'layer' untuk memahaminya. Itulah seni membaca buku cerita, apabila kita berjaya membuka maksud tersirat; bukan sekadar melihat maksud tersuratnya. Karya yang baik, kaya dengan bahasa figuratif, dan penulis yang pandai menulis hal begini bukannya ramai di Malaysia. Noktah.
Kadang-kadang saya terima bintang 1, 2 dan 2.5 untuk buku-buku yang saya kira mendidik; jika dibandingkan dengan lambakan buku di luar sana. Tetapi yalah, saya selalu percaya, kalau kita ingin membuat benda yang baik, tentu ramai yang tidak menyukainya; berbanding tulisan yang mengajar anak muda jadi kurang ajar!
Kadang-kadang saya terima bintang 1, 2 dan 2.5 untuk buku-buku yang saya kira mendidik; jika dibandingkan dengan lambakan buku di luar sana. Tetapi yalah, saya selalu percaya, kalau kita ingin membuat benda yang baik, tentu ramai yang tidak menyukainya; berbanding tulisan yang mengajar anak muda jadi kurang ajar!
Lalu saya sudah nekad untuk
menulis pada yang ingin membaca, sahaja, dan pada yang setelah membaca dua,
tiga, empat karya saya masih tidak berpuas hati – dan mengutuk itu ini –
alangkah baiknya jika tidak lagi membaca Noor Suraya. Ramai lagi penulis di
luar sana yang boleh dipilih dalam zaman – everbody can write ini :D
Penulis juga manusia, dan walau
saya selalu menasihati penulis baharu jangan hiraukan resensi di Goodreads atau
di mana-mana, tetapi tidak dinafikan di situlah kita sedang belajar untuk
menilai karya kita diterima atau tidak dalam khalayak. Saya suka sikap seorang
kawan yang menegaskan dia tidak akan buat resensi buku yang di bawah 3 *** bintang.
Jadi dia tidak akan menabur garam atau pasir pada periuk nasi orang.
Lalu apabila dia membeli dan tidak mengulas karya saya, jadi tahulah saya... karya itu bukan genre kesukaannya atau dia tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. Lalu kita saling memahami dengan cara yang manis begitu. Dia lebih senang berterus-terang dengan saya, daripada 'mengajak' orang lain juga tidak menyukai (baca: tidak membeli) karya saya. Saya bersyukur, ada pembaca dan sahabat yang sedemikian. Harus difahami di sini, saya (kami, si penulis) bukan mengharapkan siapa yang membaca beri bintang yang banyak, tetapi bersikap adillah dengan ulasan pada sesebuah resensi. Betul tu, mungkin apa yang kita suka tidak sama dengan apa yang orang lain suka.
Lalu apabila dia membeli dan tidak mengulas karya saya, jadi tahulah saya... karya itu bukan genre kesukaannya atau dia tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. Lalu kita saling memahami dengan cara yang manis begitu. Dia lebih senang berterus-terang dengan saya, daripada 'mengajak' orang lain juga tidak menyukai (baca: tidak membeli) karya saya. Saya bersyukur, ada pembaca dan sahabat yang sedemikian. Harus difahami di sini, saya (kami, si penulis) bukan mengharapkan siapa yang membaca beri bintang yang banyak, tetapi bersikap adillah dengan ulasan pada sesebuah resensi. Betul tu, mungkin apa yang kita suka tidak sama dengan apa yang orang lain suka.
Ya, saya sudah tua rupanya. Saya semakin
sensitif, padahal 15 tahun dahulu saya tidak kesah semua itu, tetapi sekarang
saya sudah tidak begitu. Saya mudah rasa hati. Saya juga melihat tulisan saya
sudah tidak diterima ramai, kerana zaman ini orang hanya suka benda yang
menghiburkan. Hanya kerana itu, program yang melalaikan di televisyen sentiasa mendapat
perhatian ramai. Malah tiada siapa yang hairan kalau rancangan itu disiarkan
pada waktu Maghrib.
Ya...
Hati ini tetap luka, melihat tulisan
yang sedang berleluasa tanpa adab, memaki-hamun dan mengajar pembaca untuk
kurang ajar – ramai yang memuji cara mereka. Ia dianggap karya berterus-terang, kotemporari, genre baharu serta telus. Padahal indie di Barat kala ini adalah golongan yang cuba memberi nilai yang baik pada masyarakat. Jadi, membeli bersinonim dengan
menyokong: biar ada yang kata mereka membeli itu sekadar untuk melihat apa yang
terkandung dalamnya. Atau sekadar malu alah pada penulis yang mereka kenal. Bukankah dalam teori ekonomi – jika ada permintaan, tentu ada
penawaran (baca: penerbit mencetak dan penulis: terus menulis)?
Berebut-rebut anak-anak gadis
yang bertudung labuh, dan berwajah baik-baik lagi manis senyumnya beratur membelinya. Ramai pula
anak-anak yang bersekolah agama menganggap ia semua tulisan yang baik. Buku yang
tidak ada cinta, tetapi apa yang ditulis itu lebih teruk daripada cinta. Cerita
bagaimana hendak membuat jahat. Begitu saya mendapat maklum balas pada yang
sudah membaca. Ibu bapa, semaklah bacaan anak anda ya!
Oh ya, dengan melabelkan indie,
begitu mudah semua orang percaya dan perdaya itu sesebuah novel ditulis di luar kotak. Aduhai, di mana remaja dan masyarakat kita hendak
dibawa? Itulah yang membuat saya sedih sekali. Tulisan seperti saya ini,
tulisan makcik-makcik – tanpa pernah membaca, begitulah anggapan mereka.
Sekian. Selamat Hari Guru, Zuha.
Mak Cik Raja [menulis di beranda]
Teruskan menulis kak sue!
ReplyDeleteAs sangat suka novel kak sue yang bertemakan sejarah!
As,
ReplyDeleteTerima kasih :D
KakSu,
ReplyDeleteSila abaikan yang hanya membaca yang tersurat itu.
Teruskan menulis dan berkongsi rasa dengan kami.
Mak Cik Raja,
ReplyDeleteSatu hari semua orang akan jadi makcik-makcik juga. Macam saya yg kak su kenal hampir 10 thn dulu kini dah semakin menghampiri usia makcik2 (oh, anak sekolah panggil saya makcik ketika minta laluan *sedih*). Jadi saya harap bukan setakat 4 lagi, tulislah lagi selagi ada hayat dikandung badan. Makcik2 ata makcik to be macam saya juga membaca. kalau kak su tak tulis, kami ni nak baca apa? kami tak mampu nak baca karya indie. Saya tak mampu nak memahami ejaan budak2 zaman sekarang (oh, mungkin ini buktinya saya dah jadi makcik2).. biarkanlah mereka2 y kurang ajar itu dengan dunia mereka sebab bila keinsafan dah ketuk hati mereka (bia dah jadi makcik2), mereka akan cari cerita seperti noorsuraya.
KakChik,
ReplyDeleteKalau kaksu tak tulis novel, insya-Allah kaksu akan tulis di blog :) Tapi, mengira empat akan ambil masa 2,3 tahun tu - kecuali kaksu menulis dengan cepat, kan!
Iejay Zakaria,
Terima kasih Iejay, uwaaaa... budak-budak kecil dah panggil kaksu Tok tau. kalau tak tulis novel pun kaksu tulis di blog macam zaman kita dulu-dulu. Iejay, tulis novel ni lebih banyak makan hati, sebenarnya. Rasa gembira kita sudah tak sama lagi. Apa pun insya-Allah, kaksu masih akan menulis dalam 4 buah novel lagi, kecuali yang remix la.
Wah... begitu sekali peredaran zaman telah membuat manusia sekarang semakin kurang beradab.... sedih kan bila membaca dalam media sosial tulisan manusia sesuka hati je menyumpah seranah... aduhaiiii kadang sedih dengan bahasa melayu yang sudah hilang identitinya dek kerana ayat-ayat pendik yang kadang saya tak paham pun apa maknanya.
ReplyDeleteApa pun zaman dangau makcik raja meriah kan tetap dalam memori indah saya. Disana lah kita semua bertemu berkenalan dari asalnya di alam maya seterusnya di relisasikan di realiti dan seterusnya berpanjangan silaturahim tersebut. Waduh kaksu saya rindu masa-masa itu. Walaupun berblog semakin kurang kemeriahannya namun semuga ianya masih diteruskan. Apa pun Semuga silaturahim kita selama ini berpanjangan biar sesiapa pun jua mereka itu. Apa pun semuga penulisan kaksu menerangi jiwa-jiwa mereka yang telah ketandusan adab dan initipati sebagai seorang melayu di zaman moden dan berteknologi seperti sekarang ini. huhuhu kita pun dah jadi atok huwaaaaa
Jangan berhenti menulis Kak Su. Saya sentiasa mencari karya Kak Su di kedai buku setiap kali berkunjung ke sana. Malah hampir ke semua buku-buku Kak Su saya cuba dapatkan. Rasa saya, Kak Su penulis kedua selepas karya Kak Norhayati Berahim yang sentiasa saya cari (itu pun sebab saya kenal karya Kak Su lambat). Perasaan membaca karya Kak Su setanding dengan karya Tere Liye, penulis Indonesia yang juga penuh santun berbahasa dan sarat mesej. Rugi pada sesiapa yang tidak pandai menilai intan dan permata.
ReplyDeleteOh, jangan berhenti menulis Kak Su. Baru-baru ini saya dapat Dapur Makcik Raja sebagai hadiah Hari Guru. Saya belum baca sebab mahu lengkapkan koleksi buku akak. Heee...macam tak ada kaitan pula ^_^ Semangat ya Kak Su! :-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya lahir tahun 90an. Tapi tetap suka karya kak su. Karya yang penuh jiwa perasaan adab dan kesopanan. Saya jenis yg kalau dah khatam sesebuah buku, tak akan baca balik dah buku tu. Cepat bosan. Tapi kalau buku kak su, baca berkali-kali pun tak kisah. Bahasa yang sopan, watak yang manja, maksud yang tersurat dalam setiap novel kak su membuatkan saya ternanti-nanti karya terbaru kak su. Kalau kak su dah berhenti menulis, nampaknya penantian saya akan terus jadi penantian tanpa kesudahan. Alamak! Sedihnya.
ReplyDeleteSaya membeli dan menghargai karya Kak Su. Bahasa yang puitis membuai jiwa saya. Diolah pula dengan nilai yang berilmu. Syabas dan terus berkarya..
ReplyDelete