Monday, 22 June 2015

'Teaser' NTS: Pakcik Tu



Kubang Kerian
5 Ramadan



“Umi, ada pakcik hari tu, tunggu dekat pagar rumah!” bisik Filzah perlahan, kerana adik kecilnya sedang nyenyak dalam buai. Cuaca hari ini panas sekali, dan Si Filzah dari beranda lagi sudah membuka tudungnya. Tiba-tiba matanya terpandang kawan umi dan abah berdiri di situ. Lalu dengan cepat dia mencubit Kelabu - kucingnya yang gemuk, dan berlari ke dalam tanpa sempat menjawab salam Pakcik Tu.
“Pakcik mana?”
“Pakcik Tu, yang kita pergi rumah dia masa kenduri Kak Jaja hari tu!”
Syarifah Nuur Khalida sudah tidak sedap hati. Kenapa dia datang?
“Dah cakap ke abah tak ada?”
“Belum... jom la,” Filzah menarik tangan Dr. Khalida ke depan.
“Sekejap, sekejap! Umi pakai tudung sekejap.”
“Pakcik Tu datang dengan Makcik Tu ke?” Pakcik tu, itu sahaja ke panggilan untuk dia Khalida? soal hatinya.
“Umi tengoklah sendiri, Filzah terus cari umi di belakang. Abang yang pergi layan Pakcik Tu.”

[Bersambung...]

7 comments:

  1. hahaha ada ke pulak nama pakcik tu... siannya Dr Aqmar di gelar pakcik tu... nak lagi pendek sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notei,

      Sat - tengah duk asah pensel la ni :p Cerita lama sangat.

      Delete
  2. Rindu NTS. Salam Ramadan Kaksu :)

    ReplyDelete
  3. Mananya sambungan??? Aiseyman....

    ReplyDelete
  4. macam mane nk set ye supaya setiap entry baru saya dapat notification ??? blog sblum ni di Rumah Kecil Tiang Seribu boleh je saye set kan.. tq

    ReplyDelete
  5. KakSu,
    Sedihnya hanya pakcik tu yang tergelar untuk Dr Aqmar ..:(

    ReplyDelete