Rumah Nuha
& Alang
30 Syaaban...
“Syampu ni ada lagi isinya, goncang-goncang dulu
dengan air baru buang.” Pesan Muzzammil tatkala melihat Nuha sudah letakkan
syampu baharu dalam bilik air. Tadi juga isterinya gantikan sabun Lux warna
hijau muda dalam tempat sabun.
Nuha Tajul Ariffin sedang sibuk membasuh bilik air sebab kalau sudah masuk bulan puasa nanti, dia akan sibuk sekali dengan kerja di klinik! Mana pula hendak menolong emak mertuanya Mak Cik Raja di dapur; mana lagi pula hendak melayan kerenah Alang yang macam-macam tu – nak makan itu ini, dan projek main bunga api dengan budak-budak keliling kampung ini! Ditambah dengan semangat rajin Alang dalam NGO dan membantu imarah masjid, siap hendak tolong masak untuk moreh juga. Alang tu kalau masuk bulan puasa, kalau boleh dia hendak ada 10 tangan, banyak sangat projek dia!
Antara banyak-banyak tu, dan yang utama bagi Nuha tentulah, hendak buat ibadat yang datang setahun sekali tu dengan pahalanya berganda-ganda tu - banyak-banyak!
Nuha Tajul Ariffin sedang sibuk membasuh bilik air sebab kalau sudah masuk bulan puasa nanti, dia akan sibuk sekali dengan kerja di klinik! Mana pula hendak menolong emak mertuanya Mak Cik Raja di dapur; mana lagi pula hendak melayan kerenah Alang yang macam-macam tu – nak makan itu ini, dan projek main bunga api dengan budak-budak keliling kampung ini! Ditambah dengan semangat rajin Alang dalam NGO dan membantu imarah masjid, siap hendak tolong masak untuk moreh juga. Alang tu kalau masuk bulan puasa, kalau boleh dia hendak ada 10 tangan, banyak sangat projek dia!
Antara banyak-banyak tu, dan yang utama bagi Nuha tentulah, hendak buat ibadat yang datang setahun sekali tu dengan pahalanya berganda-ganda tu - banyak-banyak!
“Dah habis!”
kata Nuha sambil membuka sarung tangan plastik, selepas dia memberus jubin
dengan cecair Clorox serta membilas dengan cermat.
Alang cepat-cepat masukkan air ke dalam botol
Vosene.
Tengok Alang tu, jenama yang Mak Cik Raja dan Haji Yatim pakai waktu zaman muda tu, dia masih beli dan guna. Sebab tu rambut dia jadi mudah kerinting macam tu, barangkali.
Alang goncang berkali-kali, dan ternyata selepas itu syampu tu masih pekat dan boleh digunakan empat lima kali lagi.
Tengok Alang tu, jenama yang Mak Cik Raja dan Haji Yatim pakai waktu zaman muda tu, dia masih beli dan guna. Sebab tu rambut dia jadi mudah kerinting macam tu, barangkali.
Alang goncang berkali-kali, dan ternyata selepas itu syampu tu masih pekat dan boleh digunakan empat lima kali lagi.
“Dasar anak orang kaya!” usik Alang. Tapi mukanya
dibuat serius.
“Siapa suruh kahwin, dah tahu saya anak orang kaya!”
balas Nuha, padahal subuh tadi mereka sudah bermaaf-maafan sebab esok sudah
hendak mula puasa bulan Ramadan. Geram tau, kita ni penat-penat memberus bilik
air sampai berkilat, lepas tu kena tuduh macam-macam pula. Orang ni anak perempuan Senator, dan sejak kahwin dengan Alang ni baru tahu guna sabun Lux, Popinjay dan syampu
Vosene sebelum tu orang pakai jenama mahal luar negara tau. Itupun sebab tukang pergi kedai tu -- Encik Alang Rebus Tak Empuk!
Amboi, Nuha. Riaknya. Astaghfirullah. Tak baik tau,
duk bercakap riak dan sombong dalam hati macam ni. Tapi, geram tau dengan
Alang ni. Bukannya tahu berterima kasih. Berleter saja!
“Nuha, membazir tu perbuatan syaitan!”
Tahu, jawab Nuha dalam hati. Alang tu mahu menang
saja semua benda. Tak suka.
“Alang selalu perhati orang kalau barang yang boleh
pakai lagi dia sudah buang, contoh, sabun dan syampu... macam tu la dengan
cinta. Maksud Alang, macam cinta juga, dia tidak sepenuh hati. Tak setia. Mudah
cari yang baharu, mudah terpesona!” Sambung Alang lagi, apabila Nuha tidak
membalasnya.Mata Nuha bergenang. Nuha ni muka tak boleh percaya
ke, Alang?
“Alang tu, kalau cakap suka hati saja. Tak pernah
fikir perasaan orang.” Yalah, ada ke patut fasal syampu dikaitkan dengan
falsafah cinta dia yang mengarut.
“Nuha, maaf ya. Alang sekarang dalam proses
berjimat cermat. Barang naik, semua benda ada GST.”
“Betul la tu, tapi kalau menyakiti hati isteri,
sama nilai ke dengan kenaikan 6% GST tu?” Kenaikan darah Nuha lebih daripada 6%
tau dengan kenyataan tidak berhati perut Alang tu.
“Boleh tak minta maaf ni, Nuha?”
“Kalau semua benda boleh usai dengan minta maaf,
mudahnya jadi suami!” balas Nuha.
“Amboi, garangnya anak Senator ini.” Kata Alang,
sambil tersenyum manis.
“Mestilah. Ayah tak pernah kompelin apa-apa dengan
Nuha! Kalau Nuha jadi rajin macam ni, ayah siap beli baju raya lagi tau,” balasnya.
“Alang minta maaf na. Jom, kita makan cendol bawah
pokok ketapang dekat simpang tu.” Pujuk Alang.
Nuha diam.
“Alang minta maaf!” ulangnya.
“Nuha sibuk, nak jemur bantal kekabu semua ni.”
Balas Nuha sambil berjalan ke bilik.
“Tak payah jemur, tengok hari nak hujan dah!” balas
sang suami.
“Jadi tak payah la, makan cendol kan dah nak hujan.”
“Amboiiiii...”
Nuha sudah ketawa dalam hati.
Nanti lepas zuhur kita bermaaf-maafan sekali lagi ya Nuha, sambung Alang dalam hati. Lagi tak habis Ramadan, tak tahulah berapa kali kita hendak bergaduh, Alang. Nuha pun minta maaf, nantilah waktu asar nanti ke!
_________Nanti lepas zuhur kita bermaaf-maafan sekali lagi ya Nuha, sambung Alang dalam hati. Lagi tak habis Ramadan, tak tahulah berapa kali kita hendak bergaduh, Alang. Nuha pun minta maaf, nantilah waktu asar nanti ke!
Ps: Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua pengunjung. Insya-Allah kita akan mula bertarawih malam ini. Sediakan jiwa dan raga.
kak su....
ReplyDeleteDua2 barang ni akak guna pada zaman dolu2. Masa tu bukan ada brand2 lain. Kalau ada pun mana mampu nak beli ha ha ha.
Shampo Vosene bagus untuk hilangkan kelimumur tapi rambut jadi keras cam berus dawai ha ha ha ha kejung je.
Sabun tu nama dah lupa... tapi wangi sgt. Suka guna.
KakNoor,
DeleteHa la Kak Noor, zaman tu sabun Lux pun kita buat cuci muka kan. Kawan kaksu dulu pakai sabun Vosene. Tapi paling seronok waktu kecil ada syampu paket erbuk yang wangi.
sabun popinjay... wangi... kalau basuh baju kita pakai sabun cap kapak sebuku panjang. Kena potong sikit2 boleh jimat beberapa bulan... huhuhu nostalgia sungguh
ReplyDeleteNotei,
DeleteSabun Popinjay tu kalau basuh tangan lepas makan kari pun, bau kari ilang kan. Ingat sabun lama tu. Kaksu suka sabun yang warna kuning tu.
Salam Kak Su.. xde sambungan novel ke pasal kisah Nuha dan Alang ni? Hehe..
ReplyDeleteselamat berpuasa dan beribadah juga kepada kak su..
Fatin Wawa,
DeleteTak ada kut, sebab macam cerita mereka begitu sahaja adanya :) Selamat berpuasa untuk Fatin juga. Maaf zahir batin ya :D
Assalamualaikum kak su yg disayangi..
ReplyDeleteBile pulak agknya watak Nuha ni nk mgndung..
Tentu comel je nuha loya2 waktu mngandung tu.. huhuhu
Yana,
DeleteHahahaha :) Si Alang tu pun masih hobi main bunga api dengan budak-budak kampung :p
Assalamualaikum... Kaksu.. spec dari rumah kecil tiang seribu.. jumpa pesanan langsung ke sini :)
ReplyDeleteKak su... Ku Chik apa kabar?? Teringin gak nak tau kisah Muadz.. Mmg best sgt SUUN ni..baca aritu xleh nak letak..smpi encik suami pun jeles..heh
ReplyDelete