Kubang Kerian
5 Ramadan
“Umi, ada pakcik hari tu, tunggu dekat pagar
rumah!” bisik Filzah sangat perlahan, kerana bimbang adik kecilnya yang sedang
nyenyak di buaian terdengar suaranya dan umi akan paksa dia menjaga si adik
pula. Cuaca hari ini panas sekali, dan Si Filzah dari beranda lagi sudah
membuka tudungnya. Sewaktu dia ingin membuka anak tudung, tiba-tiba matanya
terpandang kawan umi dan abah berdiri tegak di situ.Ya, dia sedang tersenyum pada Filzah selepas
memberi salam.
Lalu dengan cepat Filzah mencubit Kelabu - kucingnya yang gemuk, dan berlari ke dalam tanpa sempat menjawab salam Pakcik Tu.
Lalu dengan cepat Filzah mencubit Kelabu - kucingnya yang gemuk, dan berlari ke dalam tanpa sempat menjawab salam Pakcik Tu.
“Pakcik mana?”
“Yang kita pergi rumah dia masa kenduri Kak Jaja
hari tu!”
Syarifah Nuur Khalida sudah tidak sedap hati.
“Dah cakap abah tak ada?”
“Belum... jom la, umi,” Filzah segera menarik
tangan Dr. Khalida ke depan.
“Sekejap, umi pakai tudung sekejap.”
“Pakcik Tu datang dengan Makcik Dara ke?” Mata
Filzah ditenung dalam-dalam. Pakcik Tu, itu sahaja ke panggilan untuk dia, Khalida? soal hatinya.
“Umi tengoklah sendiri, Filzah tak tahu. Filzah nampak
Pakcik Tu, Filzah terus cari umi di belakang. Sekarang, abang yang layan dia.”
Tahun lalu, Khalida telah berjumpa Aqmar untuk
pertama kalinya selepas lebih 10, 11 tahun mereka berpisah. Khalida tidak tahu
bagaimana hendak menggambar rasa hati. Memang sejak balik dari Alor Setar hari
tu, dia memang diburu kemurungan. Bukan kerana dia rasa terkilan meninggalkan
Aqmar, bukan! Bukan juga kerana dia ralat memilih untuk berkahwin dengan
Zainur, bukan! Tetapi ada rasa lain yang menakung di dada. Rasa yang sukar
dimengerti. Mujurlah Zainur penuh pengertian, dan sejak awal lagi sebelum
mereka berkahwin pun, Zainur sudah berjanji tidak akan marah atau kecil hati,
kalau Khalida sukar melupakan Aqmar yang baik. Zainur tidak akan mengganggu
hatinya yang sedang belajar membuang Aqmar daripada hatinya yang paling dalam.
Tidak mungkin selepas 10 tahun berkahwin, dan
dengan adanya Athar, Filzah Hanis dan Aaqif, dia masih tidak dapat melepaskan
Aqmar yang pernah memberinya kenangan indah. Apatah lagi sekarang ini dia
sedang mengandung lagi cahaya mata Zainur – anak mereka!
Astaghfirullah.
Yalah, habis tu kenapa pada saat ini, apabila
Filzah beritahu Aqmar datang, dan ketika Zainur tidak ada di rumah pula tu,
rasa tidak enak dan berdebar-debar itu datang serentak. Oh Tuhan, peliharalah
hati hamba-Mu ini. Jangan ada rasa lain lahir lagi. Jadikanlah hamba-Mu ini
isteri yang taat pada suami. Jauhi hamba-Mu ini daripada segala pesona.
Sewaktu Khalida sudah di beranda, dilihatnya tiada
siapa pun di pagar.
“Mana Pakcik Tu?” soal Khalida pada anak sulungnya,
Athar yang sedang membuka kasut sekolah.
“Dah balik, umi. Uncle Aqmar kata dia akan
datang lagi kalau abah ada di rumah.” Kata Athar sambil
menghulur sampul duit raya pada adiknya. Filzah sudah girang bukan main. Dibukanya sampul duit raya tu, dan hatinya bercahaya melihat ada tiga keping not warna merah. RM30 untuk budak darjah tiga, mesti abang dapat banyak lagi sebab dia dalam darjah empat. Begitu anak perempuan Dr. Zainur Ariff dan Dr. Syarifah Nuur Khalida membuat kesimpulan tentang sistem duit raya Pakcik Tu, dalam hal memberi duit raya.
menghulur sampul duit raya pada adiknya. Filzah sudah girang bukan main. Dibukanya sampul duit raya tu, dan hatinya bercahaya melihat ada tiga keping not warna merah. RM30 untuk budak darjah tiga, mesti abang dapat banyak lagi sebab dia dalam darjah empat. Begitu anak perempuan Dr. Zainur Ariff dan Dr. Syarifah Nuur Khalida membuat kesimpulan tentang sistem duit raya Pakcik Tu, dalam hal memberi duit raya.
“Uncle Aqmar kata, dia ada hal dekat-dekat
sini... jadi dia tumpang singgah hendak tengok Filzah dan abang, tetapi adik tu
lari ke dalam. Lama juga Uncle Aqmar tunggu tadi. Kasihan.” Athar
meletakkan kasut sekolahnya di rak dekat pintu, kemudian tangannya menyalami
Khalida. Si Ibu mencium kepala si anak dengan penuh kasih sayang.
Filzah cuma tersenyum tanpa rasa bersalah. Yalah, matanya
sudah tertumpah pada objek lain pula. Secepat itu juga, matanya mencerlang senang!
“Basikal tu siapa punya?” tanya Khalida. Hati
Khalida mula terasa sedih tiba-tiba.
“Untuk Filzah.” Jawab Athar. Senyum Filzah sudah
melebar jadinya, kenapa dia tidak perasan sejak awal tadi?
“Iya?” soal Khalida.
Mana Aqmar tahu yang Filzah mahukan basikal untuk
hadiah hari jadinya tahun ini? Apakah Aqmar ingat Filzah tu ialah Hannah yang
teringin ada basikal, dan meninggal dunia tanpa sempat memiliki basikal
sendiri.
“Oh, hari tu Uncle Aqmar telefon tanya
abang, Filzah hendak apa untuk hari lahir dia, abang kata basikal warna ros. Umi,
hujung minggu ini kan hari jadi Filzah.” Kata Athar sedikit berbisik dan sambil tersenyum tentunya, sebelum meminta
diri untuk ke dalam. Kononnya hendak berahsialah sangat. Dia membawa beg galasnya sekali, serta beg plastik yang
berisi buku... ya, dan dia juga membawa hati Khalida bersamanya.
Bila pula Athar ada hubungan dengan Aqmar, baik
begini. Kenapa dia tidak pernah tahu pun. Rasanya, Aqmar juga membelikan
seplastik buku-buku untuk Athar. Yalah, di Kota Bahru ni mana ada Kedai Buku
MPH. Kalau Aqmar tidak bawa dari Alor Setar, mana Athar dapat beg plastik putih
merah tu. Tetapi Khalida memilih untuk tidak bertanya apa-apa pada Athar saat ini....
“Oh, umi... kata Uncle Aqmar nanti dekat-dekat
nak raya dia akan datang dengan keluarganya buka puasa di rumah kita.” Kata
Athar, yang muncul semula dari sebalik pintu. Bercerita lagi tentang Uncle
Aqmarnya.
Aduhai, kenapa rasa tidak enak terus mengikutnya ke
mana-mana. Dia perlu bercakap dengan Zainur. Tetapi, suaminya sedang
membentangkan kertas kerja di Melbourne. Zainur tidak akan ada di sisinya untuk
seminggu ini. Pada siapa dia harus mengadu hal hatinya ini.
Khalida, Allah kan ada.
Filzah sudah turun ke tanah melihat basikal hadiah
daripada Pakcik Tu untuknya, kenapa ya Pakcik Tu beri hadiah kepadanya? Tanpa
menghiraukan panas terik yang sekejap tadi bagai menggigit kulitnya, dia terus
mencuba basikal comel itu.
“Hati-hati Filzah, Filzah kan belum pandai bawa
basikal. Tunggu abah letak roda dua lagi ya.” Pesan Khalida. Dia memandang
pintu pagar luar, syukurlah Athar sudah menguncinya. Filzah ni bukan boleh
harap sangat, buatnya dia keluar ke jalan raya dengan basikal ini pula. Sejak
Hannah meninggal, Khalida sangat berhati-hati dengan keselamatan anak-anaknya.
“Tak naklah letak roda empat, macam budak-budak!”
rengek Filzah. Yalah, umi ni pun, logik ke nak buat Filzah macam budak tadika.
“Lepas ni, telefon Uncle Aqmar ucap terima
kasih. Minta nombor daripada abang.” Khalida segera ke dalam apabila mendengar
suara Aakif menangis di dalam. Hari ini hari cutinya, bagai macam tak cuti sahaja.
Banyak sungguh urusan, terutamanya urusan hati!
Cepatlah Zainur menelefon, banyak yang dia hendak
bercerita. Cerita tentang hatinya yang sekeping ini!
Haish... pagi-pagi dah buat teringat kat Pakcik Tu yang baik. Kaksu ni laa
ReplyDeleteItulah :( duk berpanas bawa basikal warna ros la pula di pintu pagar orang.
DeleteKadang bila teringat...atau sejak kerap menjaga emak & bak di hospital saya akan teringatkan pakcik doktor tu...tapi mana ada lagi doktor lelaki yang bujang di usia 30an sekarang...~ketawa sambil menekap sapu tangan dibibir
ReplyDelete:D Sentebale-hk,
DeleteCerita ini pun kaksu tulis ekoran peristiwa waktu kena jaga sepupu kaksu patah kaki di hospital. Mereka (pesakit dan misi?) bercakap tentang Doktor Tu aka Pakcik Tu yang tak juga pernah pun muncul waktu kaksu tunggu Didi. Cari sapu tangan dalam tas tangan untuk tutup mulut :p
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHas,
DeleteKaksu pun sedih buat pengakhiran begitu, tetapi begitulah kesah empunya cerita :( Sejak terbit, baru sahaja kaksu ulang baca semula tahun ini. Bayangkan dari tahun 2005 (kaksu dapat buku pracetak) -- 2015 baru mampu baca balik :p
Rasanya sudah beratus novel melayu yang saya baca tetapi kenapa naskah ini bila diulang baca saya tidak akan teruskan hingga penghujungnya. Pertama kali membaca novel ni berhari hari saya teringat ingat. Mungkin pengakhirannya tidak seperti yang saya harapkan. Saya boleh berangan mungkin disuatu masa aqmar dan khalida akan bersatu semula..
DeleteHAS,
AMPUN, kaksu nak 'delete' komen kaksu yang ada 'typo' kaksu ter'delete' komen Has. Ini kaksu letak balik ya. Uwaaaa. Sungguh tak pandai teknologi kaksu ni.
HAS,
DeleteNanti letak balik apa yang Has tulis ya :( Kaksu dah tak boleh cari dalam 'bin' komen tu. T_T
cerita tentang Pakcik Tu ni sangat menarik bos...
ReplyDeletemantap artikelnya...
Dah lama tak menulis ni.
Deletekak su sayang, terima kasih sebab sambung cerita tentang Filzah. rindu pada dr. khalida ini. :')
ReplyDeletesayang,
Filzah Hanis.
Alhmdulillah.. selesai bace NTS selepas lama teringin nak bacanye... kenapa ending nye macam.. krik krik krik la... huhu.. sedih tau.. jln crite yg menarik, best, real n tup tup ending nye sedih... still expect diorang masih bersama: Dr.Aqmar yang baik dan Dr.Khalida yang manja, boleh tak??
ReplyDeleteTq jgak kt Kan Su utk Untold Story ni.. huhu.. kesian kat Dr.Aqmar kan..
Deleteassalamu'alaikum kaksu
ReplyDeletemembaca sambungan kisah ini membawa saya kembali ke hampir 10 tahun yang lalu, sewaktu saya menelaah satu
persatu muka surat NTS di bumi sakura. saya suka akan keseluruhan jalan ceritanya terutamanya bab-bab
akhir yang tidak stereotaip.
mencintai tidak bererti memiliki. cinta bukan sekadar kata rindu dan senyum tawa. cinta lebih dari itu.
acap kali cinta itu mendambakan pengorbanan dan air mata.
bolehkah kaksu tuliskan kisah aqmar untuk entri yang seterusnya?
terasa watak lelaki hebat ini amat dekat di hati saya.
saya tahu aqmar tidak pernah melupakan cinta hatinya khalida, biarpun dia tahu tidak manis mengigati
khalida yang telah menjadi isteri orang lain
Wa'alaikumsalam,
DeleteTerima kasih untuk komen yang panjang, dan telah menyapa hati kaksu. Kaksu rasa sukar untuk kaksu tulis dari sudut hati Aqmar, sejara jujur, sebab bimbang ada rasa yang tergelincir dan kaksu memberi impak 'tak cantik' pada pembaca di luar sana.
Sebab itu, kaksu tulis sedikit-sedikit, samar-samar, sebab betul tekaan Saudari, Aqmar tidak pernah melupakan cinta hatinya Khalida, biarpun dia tahu tidak manis...
Nanti kaksu tengok dulu, setakat mana garis ini boleh dilangkahi. Bimbang sangat, kalau kaksu menjadi penulis yang mengajar sesuatu yang salah.
Hati memang ingin menulis. Walahualam.
Sambung la lagi Su...pena masih berbisa. InsyaAllah
ReplyDeleteKak Su..
ReplyDeleteWatak-watak mereka pernah menyapa hati. Kehidupan yang indah. Namun, tidak buat diri yang masih sendiri. Pilu, menyisihlah..