Namun...
Hidungnya
tidak dapat menipu; hidungnya sudah tergoda dengan nasi lemak bungkus dan teh
tarik yang masih berasap di atas meja bulat di dapur. Sehinggakan suara itik
angsa yang sedang melintas di bawah ampaian tidak dihiraukan.
Oh,
pakcik ni sudah basuh dan ampai kain
rupanya, rajin dan baiknya dia! puji Nuha dalam hati pada suaminya. Kuranglah
satu kerja rumah Nuha hari ini!
"Makan,"
pelawa Alang dengan muka manis. Wajah yang buat Nuha selalu marah-marah dan
pada masa yang sama pula Nuha akan rindu kepadanya jika terpaksa berjauhan itu,
dia pura-pura tidak hiraukan.
Sampainya
hati sang suami buat begitu kepada Nuha. Jangan ingat Nuha ni tak ada hati dan
perasaan ya. Main suka-suka hati nak halau Nuha, jangan lupa bil elektrik rumah
ni Nuha yang bayar tau. Kalau Nuha tak ada bergelap aja Alang nanti.
Nuha,
amboi eknya dia... padahal semua keperluan lain rumah tangga yang Alang lunas
setiap bulan tu melebihi bil elektrik yang tak sampai RM50 Nuha bayar tu
sahaja. Itu pun sebab Nuha tak suka Alang pergi pejabat pos.
Sebab???
Alang
suka senyum pada kerani pejabat pos baharu yang putih melepak tu. Jadi sebab tu
la, alasan pejabat pos dekat dengan klinik desa Nuha, Nuha jadikan alasan yang
munasabah untuk beratur setiap bulan.
"Nuha,
makan!"
Eh,
elok pula suara dia lepas 'halau Nuha' dengan beg gedabak tu. Tolongla Nuha pun
ada beg jenama Samsonite.
"Tak
lapar."
"Rugi
la, nasi lemak ni Alang beli dekat Tikam Batu. Tak nak sudah, nanti, Alang
habiskan semua." Katanya sambil duduk di bangku kayu, dan angkat tangan
untuk baca doa.
Jam
di dinding sudah pukul 8 pagi. Sewaktu Nuha nangis pagi tadi, dan
tertunggu-tunggu Alang pulang, dia tertidur kembali. Kalau hari Nuha tak boleh
solat, dia memang suka sambung tidur sejam lagi daripada sepatutnya waktu dia
bangun. Alang dah tahu pun, perangai Nuha yang satu tu. Dan selama ini Alang
tidak pernah kompelin.
Sebenarnya,
Alang jenis yang suka bangun awal, sebab itu dia ada begitu banyak masa. Dan
sikap positif itu, sentiasa menjadi ikutan si isteri!
Oooo,
patutlah balik lambat dari masjid pagi ini, orang pergi beli nasi lemak sampai
ke Tikam Batu, Alang ni. Mata Nuha sempat menjeling bungkusan di atas meja: 1,
2, 3.... 6. Amboi, hendak makan sampai enam bungkus sorang-sorang. Tak takut
perut jadi boroi ka?
Nasi
lemak di sini murah sahaja, bungkusan dia kecil-kecil dan harganya cuma 50 sen.
Dalam sebungkus tu, ada telur rebus yang dibelah empat, dan sambal tumis
pilihan: ikan bilis (B), udang (U), sotong kering (S), ikan masin (IM) atau
pilihan istimewa gulai udang dengan kacang panjang (GU).
Alang
memang baik hati, ada ikan masin dan sotong kering, itu nasi lemak kesukaan
Nuha. Tetapi hatinya mesti kuat, jangan mudah tunduk hanya dengan sebungkus dua
nasi lemak. Alang tu ada sikap lemah gemalai apabila dia hendak mendera orang.
Ingat tu! Ingat yang Alang yang sedang hendak 'halau' Nuha dari rumah; Nuha
jangan sesekali tarik diri daripada rancangan hendak belajar, biarpun apa
ugutan Alang.
Tapi
Nuha tak mahu kes hendak sambung belajar ini, buat rumah tangga Nuha yang
bahagia selama ini berantakan...
Tarik
nafas Nuha! Tenangkan diri!
Sebenarnya,
bukan senang nak suruh Alang pergi sampai ke Tikam Batu untuk beli nasi lemak
kesukaan Nuha ni, kalau tiada sebab. Adakah ini jamuan perpisahan mereka atau
apa? Sekali lagi rasa sebak memalu-malu dadanya. Sampainya hati Alang.
Akhirnya,
Nuha duduk di kerusi. Tempat di mana Alang sudah letakkan teh tarik dan camca
serta nasi lemak kesukaan Nuha. Di mana lagi dia dapat temui lelaki prihatin
seperti Alang, si lelaki yang boleh buat dia tersenyum dan menangis serentak.
Alang seperti ayah Nuha, yang sangat pandai jaga dan ambil hati ibu Nuha.
Berpuluh-puluh tahun berkahwin ayah-ibu manja dan mesra seperti pengantin
baharu sahaja. Ayah bukannya jenis yang serius seperti abah Alang.
[Bersambung]
[Bersambung]
Cantiknya lukisan
ReplyDelete