"Awat
pula nak halang, hang pun selalu tak ada rumah apa. Sama saja kalau Nuha ada
dengan Nuha tak ada di rumah. Hang kan suka lone ranger. Merambu
sana-sini, macam YB pencen." Balas Bad, apabila Alang bercerita dengan
muka monyok tentang Nuha hendak sambung belajar dan tinggal dia sorang-sorang.
Merambu?
"Yalah dah pukul macam ni Alang duk melilau lagi." Sambung isterinya pula. Mereka suka hati saja kutuk Alang, sebab sudah biasa berkawan baik sejak kecil.
"Yalah dah pukul macam ni Alang duk melilau lagi." Sambung isterinya pula. Mereka suka hati saja kutuk Alang, sebab sudah biasa berkawan baik sejak kecil.
Merambu???
Siang
aku pi bendang atau kilang. Petang main sepak raga. Malam dan subuh pi masjid.
Amboi, tuduh aku pi merambu. Ada la sesekali tu pi memancing tepi ban tu saja.
Itu pun kadang-kadang dia berkelah dengan Nuha.
"Oh,
nak kedekut air kopi la ni." Kata Alang. Padahal sudah habis secwan dia
minum.
"Bukan
macam tu, tapi dengan perangai hang tak pernah lekat di rumah, hang tak akan
terasa Nuha ada di rumah ke dak."
Hesy,
depa tak kenal hati Alang rupanya. Alang tak biasa hidup kalau balik rumah
tengok Nuha tak ada depan mata. Mereka bukannya seperti pasangan lain, kalau
pasangan ada depan mata duk SMS ke kawan-kawan lain. Dia dengan Nuha, kalau ada
sama-sama, mata saling bertentang. Kalau bergaduh sikit-sikit pun sebab saling
menyayangi, bukannya sebab apa.
"Kalau
Li'a, Li'a bagi dia pi dulu. Kalau dia tak larat dia berhenti. Kalau dia tak
berhenti tu, maknanya hidup dia di KL lebih seronok daripada jadi isteri Alang
di sini." Balas Li'a sambil ketawa. Dia celup roti patsagi dalam cawan berisi kopi o sebelum masukkan ke dalam
mulutnya yang becok. Sejak jadi mak-mak ni Li'a bukan main suka berleter. Badli
pun sama, sambung ketawa isterinya.
Macam
mana hendak berpisah dengan Nuha, sebab sekejap saja tak nampak muka Nuha dia
sudah teringat. Itulah kadang-kadang dia akan lalu depan klinik desa depan tu,
dan hon dua kali, biarpun Nuha tak perasan. Nuha tu kalau dah bekerja, tak
nampak dah apa berlaku di luar klinik dia tu! Hesy.
Siapa
kata dia suka merambu tak ingat dekat isteri.
****
Nuha
menepuk bedak sejuk ke mukanya yang licin. Bedak tu baru Mak Cik Raja titik
bulan lepas, setelah diletakkan segala jenis bunga: melur, inai, kenanga dan
juga daun pandan -- hari ini bedak itu sudah sedia untuk dipakai.
Alang
tak suka Nuha pakai bedak sejuk waktu hendak tidur, dia terasa selalu nampak
Nuha macam anak kucing siam yang jatuh dalam besen tepung sahaja. Dan Mak Cik
Raja selalu marah dekat Alang sebab suka hati sahaja kutuk Nuha. Bedak sejuk ni
fungsinya untuk licinkan kulit muka dan elak jerawat.
"Sejak
kahwin dengan Alang ni, muka Nuha selalu sahaja kena serang jerawat batu,
hormon terganggu dengan perangai Alang." Balas Nuha apabila nampak sahaja
Alang masuk ke bilik dan meletakkan kopiahnya atas meja mekap.
Alang merenung si mata kucing siam itu. Dia diam sesaat sebelum membalas, "Sayang saja muka cantik-cantik, tutup dengan bedak macam kuih keria tu."
Alang merenung si mata kucing siam itu. Dia diam sesaat sebelum membalas, "Sayang saja muka cantik-cantik, tutup dengan bedak macam kuih keria tu."
Oh,
jadi Nuha ni cantik la. Hati sudah kembang-kempis.
"Kuih
keria tu manis, Nuha suka." Balas Nuha sebelum ke dapur mencuci tangan.
Selepas
dia masuk semula ke bilik, Alang sudah ke depan menonton televisyen
seorang-seorang. Nuha tutup lampu bilik dan cuba untuk tidur. Selalu Alang
tidak pernah balik lewat lepas solat isyak. Hari ini sampai pukul sebelas baru
dia balik. Ada ceramah ke, ada ustaz dari mana-mana datang baca kitab kuning ke
-- sehingga selepas itu ahli jemaah masjid akan duduk-duduk berbual, bertanya
itu ini yang tidak jelas, selepas habis kuliah?
Malam
ni Nuha ingin bergaduh dengan Alang. Tadi waktu makan malam, Alang sekali tegaskan,
'jangan pergi'. Nuha tak kesah kalau tak sambung belajar, tetapi dia tidak suka
Alang arah dia itu ini. Dia mahu Alang cakap baik-baik. Dia mahu Alang metafora
dengannya. Yalah, waktu Alang duk suruh dia pakai tudung dulu, dia tak suka.
Tetapi apabila Alang bermetafora siap bagi sajak dan tudung tujuh warna
pelangi, hati dia tidak jadi marah pada Alang.
Tetapi...
Sebaik
sahaja Nuha bangun esoknya, dia lihat beg besar sudah ada depan almari baju
mereka.
Alang
halau Nuha ke? Hatinya jadi sebak.
Atau
Alang yang nak ke mana-mana ni.
Beg
sebesar orang bawa pergi Makkah tu buat Nuha jadi tidak tentu arah.
Lambatnya
Cik Alang pulang. Terasa penat menunggu Alang pulang daripada solat subuh.
Bukan main anak Mak Cik Raja, siap ugut Nuha gaya metafora ganas begini.
Nuha
sudah merambu air mata.
[Bersambung]
[Bersambung]
No comments:
Post a Comment